OPERASI BERSEPADU PENGUATKUASAAN AEDES DI TAMAN DESA BARAT
Alor Setar, 18 Disember 2025 (Khamis) – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Kawalan Penyakit & Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Persekitaran dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Kota Setar serta Syarikat Environment Idaman Sdn. Bhd telah melaksanakan Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Aedes Di Taman Desa Barat, Alor Setar.
Hasil daripada laporan Operasi Bersepadu yang telah dijalankan, sebanyak 119 premis dilawati dan pihak MBAS telah mengeluarkan 2 notis kompaun di bawah Seksyen 3(1) Undang-Undang Pelesenan Anjing 2011 terhadap pemilik anjing tanpa lesen serta 1 notis arahan pembersihan di bawah Seksyen 3(H) Undang-Undang Mencegah Kekotoran kepada pemilik premis yang membenarkan kekotoran terkumpul di kawasan kediaman.
Pemeriksaan berkala secara berjadual akan diteruskan dari semasa ke semasa. Sehubungan itu, pihak MBAS menyeru agar setiap masyarakat memberikan kerjasama agar memastikan tiada pembiakan aedes di sekeliling rumah sama ada dalam dan luar rumah serta memastikan kebersihan persekitaran berada dalam keadaan yang baik.
