KAKITANGAN MBAS SERTAI 5 KM SWIMATHON 2025 PRESENTED BY TRIFACTOR DI PATTAYA, THAILAND
Pattaya, Thailand – Seramai dua (2) kakitangan MBAS telah mewakili Persatuan Triathlon Negeri Kedah Malaysia (KESTRA) bagi menyertai acara “Swimathon 2025 presented by TriFactor” yang telah berlangsung pada 20-21 Disember 2025 bertempat di Ban Amphur Beach, Pattaya, Thailand. Persatuan Triathlon Negeri Kedah Malaysia (KESTRA) telah menghantar 10 peserta dari pelbagai agensi/jabatan bagi mewakili negeri Kedah ke acara tersebut.
En. Norhaimi bin Ariffin dari Bahagian Perkhidmatan Bandar MBAS telah berjaya mempamerkan prestasi cemerlang dengan merangkul tempat kedua bagi kategori umur 50-59 manakala En. Mohamad Annuar bin Saidin dari Bahagian Pengurusan Harta MBAS telah berjaya menamatkan cabaran di tempat ke-7 bagi kategori umur 40-49. Kedua-dua wira MBAS ini berjaya menamatkan renangan jarak jauh sejauh 5 kilometer (5KM) dan mencatatkan pencapaian membanggakan apabila tersenarai dalam kelompok 10 perenang terbaik Asia.
Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) mengucapkan sekalung tahniah atas usaha yang telah ditunjukkan dengan membawa nama negara di arena antarabangsa.
