Majlis Serahan Bantuan Usahawan Kecil Daerah Bandar Baharu Dengan Kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) Dan Majlis Daerah Bandar Baharu. Majlis berlangsung di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Majlis ini melibatkan seramai 24 orang penerima bantuan pelbagai kategori iaitu khemah perniagaan 10 x 10, kios perniagaan dan motorsikal beroda untuk usahawan orang kurang upaya (OKU). Bantuan ini merupakan sumbangan Baitulmal daripada Majlis Agama Islam Negeri Kedah bagi membantu usahawan kecil yang berkelayakan seperti kriteria yang telah ditetapkan.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu iaitu Encik Muhamad Amin Bin Jaafar. Turut hadir majlis tersebut Ketua-Ketua Bahagian MDBB, Wakil MAIK, dan penerima – penerima sumbangan.
Semoga Bantuan Usahawan Kecil ini dapat membantu para peniaga dalam meningkatkan pendapatan dan ekonomi penduduk setempat.






