CABUT UNDI TAPAK 10’x10′ KARNIVAL AIDILFITRI BANDAR DARULAMAN JAYA (YAWATA) 2026

Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) telah mengadakan sesi cabut undi bagi tapak perniagaan bersaiz 10’x10’ sempena Karnival Aidilfitri Bandar Darulaman Jaya (Yawata) bagi tahun 2026. Program yang berlangsung di lobi Dewan Wawasan. Kepada para peniaga tempatan yang ingin merebut peluang keemasan bagi menjalankan perniagaan sepanjang musim perayaan akan datang mesti mengikut Proses pengundian yang dijalankan secara telus dan teratur bagi memastikan agihan tapak dilakukan dengan adil mengikut kategori yang telah ditetapkan oleh pihak majlis.

Kehadiran orang ramai yang memenuhi ruang lobi seawal pagi menunjukkan semangat usahawan yang tinggi dalam memeriahkan lagi suasana ekonomi di daerah Kubang Pasu. Selain memudahkan urusan pendaftaran dan pembayaran, sesi ini juga menjadi platform bagi pihak MPKP memberikan taklimat ringkas mengenai peraturan dan garis panduan kebersihan yang perlu dipatuhi oleh semua bakal penyewa tapak. Dengan penganjuran karnival ini, pihak majlis berharap agar ia bukan sahaja dapat membantu meningkatkan pendapatan peniaga kecil, malah menjadi destinasi tumpuan utama pengunjung untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.Kepada sesiapa yang berminat untuk menyewa tapak perniagaan ini, sila hadir ke Bahagian Perlesenan MPKP untuk urusan pendaftaran. Permohonan akan diterima selagi masih terdapat kekosongan tapak.

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content