KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Sebutharga adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia serta MPSPK di bawah kod bidang berkaitan serta memiliki Sijil Pematuhan Cukai (TCC) yang berstatus PATUH dari LHDN bagi menyertai sebutharga berikut :-
| BIL | NO SEBUT HARGA | TAJUK | KOD BIDANG PENDAFTARAN |
| 1 | 85/2025 (KEJ) | PERKHIDMATAN MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENYEWA KHEMAH (CANOPY) UNTUK BAZAR RAMADAN MPSPK 2026 UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN. |
221506
|
Dokumen tawaran ini boleh didapati dari Jabatan Kewangan (Bahagian Perolehan) mulai 29 DISEMBER 2025 pada hari dan waktu seperti di bawah : –
| Ahad – Rabu | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
| 2.15 petang – 4.30 petang | ||
| Khamis | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
| 2.15 petang – 3.00 petang |
Penyebutharga dikehendaki membawa Sijil Pendaftaran Asal Dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu salinan sijil-sijil tersebut semasa membeli dokumen sebutharga.
Dokumen sebutharga boleh dibeli dengan Harga Rm20.00 (Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ringgit Sahaja) yang tidak dikembalikan. Pembayaran hendaklah dibuat di dalam bentuk (kad debit / kad krdeit / boost / touch n go).
Tarikh tutup sebut harga ialah pada 04 JANUARI 2026, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri/bermeteri nama tawaran dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di alamat Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman
Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 23 DISEMBER 2025