TAKLIMAT HALA TUJU PENDIGITALAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) OLEH KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT)

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 22 Disember 2025 (Isnin)– Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menerima taklimat khusus mengenai Hala Tuju Pendigitalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang disampaikan secara langsung oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), petang semalam.
 
Sesi taklimat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Al-Aula, Ibu Pejabat MBAS itu telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Omran bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan), Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT.
 
Antara fokus utama taklimat tersebut merangkumi pengukuhan ekosistem digital PBT bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat sentiasa cekap dan telus. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Malaysia Madani dalam mentransformasikan tadbir urus ke arah sistem yang lebih moden, cekap, dan telus demi kesejahteraan warga bandar raya.
 
Sesi tersebut telah dihadiri Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya; Timbalan Setiausaha MBAS, En. Azlizam Jaafar Sidik; Pengarah Jabatan Kejuruteraan MBAS, Tn. Hj. Md Nayan Bahari serta pegawai-pegawai terlibat.
 
 
Skip to content