








13 Disember 2025 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah mengambil kesempatan untuk turut serta dalam program komuniti anjuran penduduk Taman Nilam Baiduri dengan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan (HBP) bagi Zon 12, 13 dan 14 bertempat di Dewan Taman Nilam Baiduri, Kulim.
Program ini bertujuan menyediakan platform interaksi secara langsung antara pihak berkuasa tempatan dan komuniti setempat, di samping membolehkan penyampaian maklumat serta maklum balas disalurkan dengan lebih berkesan.
Kehadiran Setiausaha MPKK, Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi di samping Ahli Majlis Zon 12, Encik Ch’ng Kok Seng; Ahli Majlis Zon 13, Encik Jusri bin Mohd Nayan; serta Ahli Majlis Zon 14, Encik Mohd Saifuddin bin Hasan bersama pegawai kawasan (Area Officer) masing- masing turut beramah mesra serta berinteraksi bagi memperkukuh hubungan dan kerjasama dengan komuniti setempat.
Selain itu, program ini turut disertai oleh pempamer daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di samping Kaunter Khidmat Pelanggan MPKK bagi memudahkan urusan dan pertanyaan penduduk setempat.
Sepanjang program berlangsung pelbagai aktiviti sukaneka telah dianjurkan oleh KRT Taman Nilam Baiduri bagi memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan penduduk.
MPKK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak KRT Taman Nilam Baiduri atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan dan keharmonian masyarakat setempat.
Saksikan himpunan momen menarik sepanjang pelaksanaan Program Hari Bertemu Pelanggan menerusi pautan berikut: https://drive.google.com/…/11VDQ9lUuokvYd110ms6fZwTlT8T…