Majlis Daerah Bandar Baharu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Balai Bomba Dan Penyelamat Serdang Kedah yang diketuai oleh PBK I Muhamad Fuad Bin Harun, Pegawai Operasi bersama anggota bertugas yang telah hadir bagi memberi perkongsian ilmu dan tunjuk ajar berkenaan keselamatan kebakaran.
Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta kecekapan warga kerja Majlis Daerah Bandar Baharu dalam menghadapi situasi kecemasan kebakaran.
Tahniah juga kepada Penyelaras Program dan kakitangan yang terlibat atas kejayaan program pada hari ini.









