13 Disember 2025 – Sekitar Majlis Graduasi dan Konsert Tahunan Kali Ke-11 Alamku MPKK yang telah berlangsung dengan penuh meriah bertempat di Dewan Alamanda, Kulim Inn.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim, Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Puan Setiausaha Majlis Perbandaran Kulim, Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, barisan pengarah-pengarah, warga Majlis Perbandaran Kulim, serta ibu bapa para graduan cilik yang turut hadir memberikan sokongan padu.

Tahniah diucapkan kepada semua graduan cilik Alamku atas kejayaan menamatkan sesi pembelajaran serta kepada seluruh warga pengajar Alamku atas komitmen berterusan dalam membentuk generasi masa hadapan yang berilmu dan berakhlak mulia.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content