20 Disember 2025 – Majlis Perbandaran Kulim telah menganjurkan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak di antara MPKK FC dan EVE Energy (M) Sdn. Bhd yang berlangsung dengan penuh semangat kesukanan bertempat di Stadium Kulim.

Penganjuran perlawanan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara warga Majlis Perbandaran Kulim dan pihak industri, di samping memupuk semangat perpaduan serta menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada EVE Energy (M) Sdn. Bhd atas penyertaan dan komitmen yang diberikan. Semoga hubungan baik ini dapat diteruskan dan diperkasakan pada masa akan datang.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#mpkkfc

#EVEEnergy

#SemangatKesukanan

Skip to content