




18 Disember 2025 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah menerima Lawatan Kerja daripada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Daerah Baling (MDB). Lawatan ini diketuai oleh Puan Nur Ajmalia Binti Abdullah, Ketua Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Daerah Baling.
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan berkaitan pengurusan bangunan berstrata, khususnya peranan Pesuruhjaya Bangunan (COB). Antara perkara dibincangkan termasuk komen OSC bagi Kebenaran Merancang (KM) Strata, pemfailan Jadual Petak, Sijil Formula Unit Syer (SiFUS), serta peranan COB terhadap skim di bawah pengurusan pemaju, Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC).
Selain itu, kedua-dua PBT turut bertukar pandangan mengenai isu, cabaran serta langkah penambahbaikan dalam pengurusan bangunan berstrata.
MPKK merakamkan penghargaan atas kunjungan tersebut dan berharap perkongsian ilmu ini dapat memperkukuh tadbir urus pengurusan strata di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.