
Majlis Perbandaran Kulim mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas 2025 kepada seluruh warga Kulim dan rakyat Malaysia yang beragama Kristian.
Semoga sambutan Hari Krismas ini diraikan dengan penuh kegembiraan, keharmonian serta semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk yang berbilang agama, bangsa dan budaya.
Marilah kita terus memelihara nilai-nilai murni serta menjunjung Prinsip Rukun Negara sebagai asas kepada keharmonian dan kesejahteraan bersama.
Kepada warga yang akan pulang ke kampung halaman atau bercuti, sentiasalah mengutamakan keselamatan di jalan raya. Semoga perjalanan anda selamat dan lancar.
𝐌𝐞𝐫𝐫𝐲 𝐂𝐡𝐫𝐢𝐬𝐭𝐦𝐚𝐬