18 Disember 2025 – Majlis Perbandaran Kulim telah mengadakan Majlis Apresiasi Ahli Majlis dan Pegawai Kawasan MPKK 2025 bertempat di Ixora Hotel, Penang.

Majlis ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan dedikasi Ahli Majlis (AM) serta Pegawai Kawasan (AO) sepanjang tahun 2024–2025. Dato’ Yang Dipertua hadir menyempurnakan majlis dengan ucapan penghargaan seterusnya menyampaikan anugerah. Turut hadir Setiausaha dan barisan Pengarah Jabatan.

Dalam majlis yang sama, pengumuman Anugerah Ahli Majlis dan Pegawai Kawasan Terbaik telah diadakan bagi mengiktiraf prestasi cemerlang dari tempat ketiga hingga tempat pertama.

Penerima Anugerah Pegawai Kawasan (AO) Terbaik:

1. Mohamad Firdaus bin Saiden – Zon 15

2. Uzwanna binti Mahmud – Zon 4

3. Farah Izah binti Abu Hassan – Zon 9

Penerima Anugerah Ahli Majlis (AM) Terbaik:

1. Ahmad Fadzli bin Salleh – Zon 6

2. Mohammad Iskandar Shah bin Ibrahim – Zon 3

3. Haji Badrul Hisam bin Mohd Yusoff (BKM) – Zon 11

Majlis ini diharap dapat menjadi pemangkin semangat kepada semua Ahli Majlis dan Pegawai Kawasan untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan dan pembangunan komuniti setempat di bawah pentadbiran MPKK.

Turut diraikan dalam majlis tersebut ialah petugas-petugas yang terlibat secara langsung semasa kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini di sekitar kawasan Kulim sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti dan pengorbanan mereka.

Sorotan momen menarik boleh ditonton menerusi pautan berikut:

https://drive.google.com/…/1sDtBNi-xXCHE7xb…

#MajlisPerbandaranKulim

#ApresiasiMPKK

Skip to content