
Tirai 2025 hampir dilabuhkan. Mesyuarat Majlis Penuh Bil. 12/2025 hari ini hadir dengan membincangkan agenda tetap dan pembentangan kertas cadangan yang dipengerusikan oleh Dato’ Yang Dipertua MPKK.
Mesyuarat kali ini juga hadir dengan suasana yang sedikit berbeza, penuh muhasabah, penuh penghargaan terhadap kerjasama semua Ahli Majlis sepanjang tahun.
Terima kasih atas idea, suara masyarakat yang dibawa ke meja mesyuarat serta dedikasi sepanjang tempoh perkhidmatan.
Pengalaman, pandangan dan komitmen yang dicurah menjadi sebahagian penting dalam perjalanan MPKK membina perkhidmatan yang lebih responsif kepada warga Kulim.
Turut berlangsung dalam mesyuarat kali ini, Dr. Liyanatul Najwa binti Zakaria, Pegawai Kesihatan Daerah Kulim mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Ex-Officio MPKK, menguatkan fokus MPKK dalam agenda kesihatan awam dan kesejahteraan masyarakat.
MPKK komited meneruskan agenda bandar pintar, meningkatkan mutu perkhidmatan kepada komuniti dan memacu pertumbuhan Kulim sebagai destinasi yang progresif, berdaya huni dan berdaya saing.