Ensiklopedia Daerah Kubang Pasu
“Sejarah Istana Tunku Dhiauddin (Tunku Kudin), Raja Muda Kedah”



KEPALA BATAS – Terletak hanya 1.6km dari pekan Kepala Batas dan berhampiran nadi pengangkutan silam iaitu Sungai Bukit Pinang, berdiri teguh sebuah istana dua tingkat milik Tunku Dhiauddin atau Tunku Kudin yang kini kian terpinggir. Dibina selepas era Perang Saudara Selangor sekitar abad ke-19, istana ini menampilkan keunikan seni bina luar biasa apabila menggunakan campuran putih telur dan manisan lebah sebagai ejen pengukuh struktur bagi menggantikan simen. Meskipun lokasinya strategik berdekatan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, monumen berusia lebih seabad ini terus dibiarkan merana tanpa pemuliharaan menyeluruh, sekali gus menyaksikan khazanah sejarah yang tinggi nilainya ini semakin dimakan usia.
Selain itu, tanggapan masyarakat yang mengaitkan binaan ini dengan Istana Raja Bersiong adalah tidak benar sama sekali.Oleh yang demikian Raja Bersiong hanyalah watak mitos dalam Hikayat Merong Mahawangsa dan tidak pernah wujud dalam salasilah kesultanan Kedah, manakala istana di kaki Bukit Tinggi ini sah milik Tunku Kudin, mantan Raja Muda Kedah. Keadaan istana yang kini terbiar bukan sahaja melenyapkan memori tentang ketokohan Tunku Kudin, malah membiarkan identiti warisan negeri Kedah terus lenyap ditelan mitos yang tidak sahih dan berharap tinggalan bersejarah tersebut dibangunkan dan dipulihara kerajaan negeri, memandangkan ia merupakan tinggalan lama yang berpotensi dijadikan tempat tarikan pelancong.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1