
𝐑𝐄𝐁𝐀𝐓 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑 𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐂𝐔𝐊𝐀𝐈 𝐓𝐀𝐊𝐒𝐈𝐑𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) menawarkan rebat kepada pemilik pegangan yang membuat bayaran awal bagi Cukai Taksiran Tahun 2026 sebagai galakan pembayaran awal dan pematuhan cukai.
Tempoh Pembayaran
1 Januari 2026 hingga 28 Februari 2026
Kadar Rebat
* Bayaran di kaunter: Rebat RM10
* Bayaran secara online: Rebat RM15
Syarat Kelayakan Rebat
* Bayaran dibuat dalam tempoh program melalui kaunter, PBTPay atau Kulim Smart Pay
* Bayaran penuh bagi cukai taksiran tahun 2026 dan semua tunggakan diselesaikan
(Minimum RM80 setahun)
* Pegangan cukai atas nama individu
– Kadar kediaman (0.10% – 0.12%)
– Kadar perniagaan (0.20%)
* Pegangan atas nama pemaju perlu dipindah milik kepada nama individu terlebih dahulu
Rebat akan diberikan kepada pembayar yang memenuhi semua syarat kelayakan.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi MPKK di talian 04-4325 225 sambungan kepada Jabatan Perbendaharaan.