31 Disember 2025 – Majlis tersebut berlangsung di Hotel The Jerai, Alor Setar, Kedah yang dihadiri oleh YBhg. Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Yang Dipertua, Majlis Daerah Bandar Baharu, YBrs. Muhamad Amin Bin Jaafar, Setiausaha MDBB, YBrs. Dato’ Zain Bin Mahmood, Pengerusi Mestron Energy Sdn. Bhd., YBrs. Ir. Ts. Ahmad Fadzli Bin Mat Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Mestron Energy Sdn. Bhd., YBrs. Puan Suhaila Binti Abdul Ahmad, CCO TNB Bandar Baharu, wakil TNB Negeri Kedah dan wakil Menteri Besar Incorperate (MBI).
Turut hadir ke majlis berkenaan iaitu Ahli – Ahli Majlis MDBB, Ketua- Ketua Bahagian dan barisan urusetia syarikat Mestron Energy Sdn. Bhd.
Majlis dimulakan dengan Ucapan Ringkas dan Taklimat Oleh Ybrs. Ir. Ts. Ahmad Fadzli Bin Mat Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Mestron Energy Sdn. Bhd. Seterusnya ucapan oleh YBhg. Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK. Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu
Majlis diteruskan dengan sesi memeterai perjanjian pembekalan tersebut yang melibatkan Yang Dipertua MDBB, Setiausaha MDBB, Ahli Majlis MDBB, CEO Mestron Energy Sdn. Bhd. dan CCO TNB Bandar Baharu.
Inisiatif pihak MDBB dengan kerjasama Syarikat Mestron Energy Sdn. Bhd. dalam membantu pelaksanaan bandar pintar yang mampan dan rendah karbon serta memelihara kelestarian kehijauan bandar di Daerah Bandar Baharu.



