Dato’ Mahazi Turun Padang Dekati Keluarga Kakitangan MPKP Melalui Program Ziarah Kasih

Kubang Pasu, 6 Januari 2026 (Selasa) – Dato’ Mahazi bin Hj. Ibrahim, Pegawai Daerah Kubang Pasu merangkap Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP), telah menyantuni ibu kepada salah seorang kakitangan MPKP. Kehadiran beliau bukan sahaja bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara pihak pengurusan tertinggi dengan keluarga warga kerja, malah turut menzahirkan keprihatinan dan sokongan moral selaras dengan gagasan Malaysia Madani serta visi Kubang Pasu 2035 yang menekankan kesejahteraan komuniti.

Dalam kunjungan tersebut, beliau sempat meluangkan masa beramah mesra bagi mendengar khabar serta menyelami kebajikan keluarga kakitangan tersebut demi memastikan keharmonian warga kerja MPKP terus terpelihara.

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content