ENSIKLOPEDIA DAERAH KUBANG PASU “SURAU BATU SUNGAI BUKIT KACHI”

𝐒𝐈𝐍𝐓𝐎𝐊, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 – Sebuah mercu tanda ketenangan dan keunikan seni bina kini menjadi tumpuan di Bukit Kachi menerusi pembinaan Surau Batu Sungai. Keunikan surau ini terletak pada struktur binaannya yang menggunakan ratusan ribu batu sungai yang disusun rapi, menjadikannya 100% batu sungai sepenuhnya. Projek yang penuh dengan nilai estetika ini telah diusahakan sendiri tuan Mejar (B) Mustafa bin Musa bermula sejak tahun 2018. Beliau dengan teliti mengumpul dan menyusun sendiri setiap butiran batu bagi memastikan keaslian alam semula jadi terpelihara dalam setiap sudut ruang ibadah tersebut.

Selain berfungsi sebagai tempat solat, kompleks ini kini telah berkembang dengan pembinaan 7 buah bangunan dan antaranya boleh disewa untuk kunjungan orang awam selain itu juga tapak sewaan untuk aktiviti perkhemahan pun turut disediakan.Majlis Perbandaran Kubang Pasu telah mengisytiharkan bahawa kawasan surau batu sungai ini adalah tempat tarikan pelancong bagi negeri Kedah.

Kawasan yang terletak di pinggir sungai yang jernih ini merupakan tempat yang sesuai untuk riadah bersama keluarga, sambil menikmati keindahan alam semula jadi yang mendamaikan. Inisiatif murni ini bukan sahaja menyediakan kemudahan untuk para musafir dan komuniti setempat, malah menjadi simbol kegigihan seorang pesara tentera dalam menghargai khazanah alam menerusi seni bina yang luar biasa.

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content