Majlis Perbandaran Kulim menawarkan tawaran hebat kepada pembayar cukai taksiran bagi tahun 2026.

Nikmati:

• Rebat RM15 bagi bayaran bil cukai taksiran secara atas talian melalui PBTPay atau Kulim Smart Pay (KSPay).

• Rebat RM10 bagi bayaran bil cukai taksiran di kaunter pembayaran MPKK.

• Potongan 10% bagi kategori Kediaman dan Kediaman Kos Rendah (tertakluk syarat).

Tempoh pembayaran dan rebat adalah bermula 1 Januari 2026 hingga 28 Februari 2026 sahaja. Rebat akan dikreditkan pada bil Cukai Taksiran 2027.

Pembayaran kini lebih mudah tanpa bil fizikal atau pos. Semakan dan bayaran boleh dibuat melalui PBTPay atau Kulim Smart Pay (KSPay).

Bayar awal, jimat lebih. Rebut peluang ini sekarang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 04-4325225 atau layari www.mpkk.gov.my

Skip to content