






8 Januari 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) berbesar hati menerima kunjungan lawatan delegasi kerja daripada Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) yang diketuai oleh Yang Berbahagia Dato’ Muhamad Mahazi bin Ibrahim, Pegawai Daerah Kubang Pasu, bersama barisan pengarah MPKP.
Lawatan ini telah disambut oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) bersama-sama Setiausaha dan juga pengarah jabatan dalaman MPKK yang terlibat, sekali gus mencerminkan kesepaduan komitmen strategik antara MPKK dan MPKP dalam memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan bandar berteraskan teknologi ke arah yang lebih moden, efisien dan responsif.
Delegasi MPKP diberikan taklimat komprehensif berkaitan fungsi dan peranan Kulim Inteligent Command Centre (KICC), merangkumi aspek pemantauan bandar secara pintar serta integrasi sistem digital bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan bandar oleh Tuan TPr. Mohammad Fadhlan Bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Pembangunan dan Landskap MPKK.
MPKK kekal komited untuk terus memperkasa agenda tranformasi digital melalui pembangunan infrastruktur pintar seperti KICC, selaras dengan usaha meningkatkan kualiti hidup penduduk bandar serta memastikan penyampaian perkhidmatan awam dilaksanakan secara lebih cekap, selamat dan tersusun demi kesejahteraan komuniti setempat.