KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) serta MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja sebutharga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebutharga di bawah ini.
| BIL | NO SEBUT HARGA | PROJEK | SYARAT PENDAFTARAN | TARIKH TAKLIMAT / LAWATAN TAPAK |
| 1 | 04/2026 (KEJ) | CADANGAN PEMASANGAN LAMPU HIASAN DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI BANDAR SUNGAI PETANI, KEDAH. |
BERDAFTAR DENGAN CIDB GRED G2 ATAU G3 PENGKHUSUSAN E04, E06, E16, E17, E21 BERDAFTAR DI NEGERI KEDAH |
TEMPAT : ARAS G MASA : 10.00 PAGI TARIKH : 21 JAN 2026 |
| 2 | 05/2026 (KEJ) | CADANGAN PEMASANGAN LAMPU HIASAN DAN MENAIKTARAF LAMPU HIASAN SEDIADA SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN SEMPENA SAMBUTAN AIDILFITRI TAHUN 2026 DI BANDAR SUNGAI PETANI, KEDAH |
BERDAFTAR DENGAN CIDB GRED G2 ATAU G3 PENGKHUSUSAN E04, E06, E16, E17, E21 BERDAFTAR DI NEGERI KEDAH |
TEMPAT : ARAS G MASA : 10.00 PAGI TARIKH : 21 JAN 2026 |
Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)
Dokumen tawaran ini boleh didapati dari Jabatan Kewangan (Seksyen Perolehan) mulai 21 JANUARI 2026 pada hari dan waktu seperti di bawah :-
| Ahad – Rabu | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
| 2.15 petang – 4.30 petang | ||
| Khamis | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
| 2.15 petang – 3.00 petang |
Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebutharga di atas hendaklah datang sendiri (wakil tidak dibenarkan) membawa bersama cop syarikat, dokumen asal perakuan pendaftaran kontraktor dan sijil perolehan kerja kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM CIDB), Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Memiliki Sijil Pematuhan Cukai (TCC) Yang Berstatus Patuh dan Sijil Akuan Pendaftaran Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK.
Tarikh tutup sebut harga ialah pada 28 JANUARI 2026, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman serta dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebutharga di Kaunter Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 14 Januari 2026