OPERASI PEMERIKSAAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN OLEH JABATAN PENGUATKUASA MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU





𝐂𝐇𝐀𝐍𝐆𝐋𝐔𝐍 – Pasukan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) telah menjalankan satu operasi pemeriksaan lesen premis perniagaan secara menyeluruh di Kompleks C-Mart Changlun baru-baru ini. Dalam operasi tersebut, sebanyak 120 buah premis perniagaan telah diperiksa bagi memastikan setiap pengusaha mematuhi peraturan yang ditetapkan. Hasil daripada pemeriksaan itu, pihak MPKP telah mengeluarkan sebanyak 24 tawaran kompaun melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Premis Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDKP) 2010.
Susulan operasi berkenaan, pihak MPKP menasihati orang ramai dan para peniaga agar segera memohon lesen perniagaan yang sah dan sentiasa mematuhi terma serta syarat yang telah ditetapkan. Tindakan tegas ini diambil bagi memastikan semua aktiviti perniagaan dijalankan mengikut lunas undang-undang yang diperuntukkan. Peniaga diingatkan supaya tidak memandang remeh aspek pelesenan bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang atau gangguan terhadap operasi perniagaan mereka pada masa akan datang.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1