KOMITMENT TANPA TANGGUH : MPSPK TANGANI TIGA ISU PENTING DEMI KESEJAHTERAAN BANDAR

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) hari ini telah menyelesaikan tiga perkara utama yang melibatkan kepentingan awam dan kesejahteraan persekitaran bandar.

1. Perbincangan Jalan Padang

Perjumpaan strategik melibatkan Ketua Whip Ahli Majlis, Tuan Haji Fauzi bin Ramli, Timbalan Ketua Whip 1, Encik Khairol Jasmin bin Namin serta Timbalan Ketua Whip 2, Encik Raymond Tai Kuang Tee bersama Yang Dipertua MPSPK, YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah dan Tuan Setiausaha MPSPK, Encik Mohammad Hasbullah bin Abd. Hadi.MPSPK yang diketuai oleh Yang Dipertua, YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah hadir mengunjungi YBhg. Datuk Wira Dr. M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sempena Tahun Baharu 2026 disamping turut menyampaikan ucapan tahniah atas kejayaan menerima Ijazah Kedoktoran dalam Pentadbiran Perniagaan (DBA) daripada City University Malaysia.

Hasil perbincangan bersetuju para peniaga yg sedia ada dikekalkan dan kawasan perniagaan tersebut akan dinaiktaraf dengan mewujudkan ruang niaga yang baharu, memenuhi keperluan semasa, dengan reka bentuk yang lebih praktikal, mesra pengguna dan mampan, sejajar dengan perkembangan bandar serta gaya hidup masyarakat hari ini. Selain itu juga, fokus kepada perbincangan beberapa siri penambahbaikan berkaitan Wajah Baharu Jalan Padang, selaras dengan aspirasi MPSPK untuk mewujudkan keseimbangan yang harmoni antara keperluan pembangunan fizikal, kelestarian persekitaran serta keselesaan dan kesejahteraan komuniti setempat.

2. Pembersihan Sungai Hitam

Isu pencemaran Sungai Hitam turut diberi perhatian serius dengan tindakan pembersihan dilaksanakan bagi memastikan kualiti sungai terpelihara, seterusnya menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar dan kesejahteraan komuniti sekitar.

3. Tapak Pelupusan Sampah

Pengoperasian semula tapak pelupusan sampah di Semeling akan dilaksanakan selepas penutupan sebelum ini ekoran daripada kejadian kebakaran yang berlaku pada tahun 2020 yang menyebabkan banyak sampah haram dibuang merata-rata.

MPSPK akan terus komited memastikan setiap isu ditangani secara berfokus, pantas dan berkesan demi menjamin kualiti hidup warga Sungai Petani.

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content