PUTRAJAYA, 20 Januari 2026 – Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah menghadiri Mesyuarat Panel Penilai Laporan Social Impact Assessment (SIA) Ke-59 (Bil. 1/2026) dan Ke-60 (Bil. 2/2026) yang diadakan bagi mempertimbangkan Laporan SIA melibatkan projek pembangunan kategori A.

Kehadiran MPKK dalam mesyuarat ini adalah bagi memastikan kepentingan serta impak sosial terhadap penduduk setempat diambil kira dalam pelaksanaan projek pembangunan yang dikemukakan oleh Tetuan Senam Jaya dan Tetuan Jupiter, yang merupakan pemaju utama yang membangunkan kawasan industri di Kulim Industrial Corridor (KIC).

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBrs. TPr Saidin bin Lateh, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), dan turut dihadiri oleh Pengarah serta wakil Bahagian PLANMalaysia dan agensi teknikal di peringkat Persekutuan dan Negeri Kedah.

Perbincangan mesyuarat memberi tumpuan kepada ulasan dan pandangan ahli mesyuarat serta panel pakar SIA bagi memastikan penilaian impak sosial dilaksanakan secara menyeluruh sebelum keputusan dibuat terhadap laporan yang dibentangkan. Mesyuarat telah mengesyorkan agar Laporan SIA yang disediakan oleh perunding diluluskan tertakluk kepada beberapa pindaan sebelum dibawa ke Mesyuarat Perancang Fizikal Negara (MPFN).

#ImpakSosial

#MajlisPerbandaranKulim

#KedahSejahteraNikmatUntukSemua

Skip to content