𝟐𝟕 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐀𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐈 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝗡𝗜𝗔𝗚𝗔 𝗕𝗔𝗭𝗔𝗥 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐈 𝗣𝗘𝗞𝗔𝗡 𝗚𝗨𝗔𝗥 𝗖𝗛𝗘𝗠𝗣𝗘𝗗𝗔𝗞, 𝐘𝐀𝐍, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇
Program Cabutan Undi Tapak Niaga Bazar Raya Aidilfitri Tahun 2026 di Pekan Guar Chempedak, Yan, Kedah telah berlangsung pada jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Dato’ Madi, Yan, Kedah.
Program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran para peniaga dan diteruskan dengan sesi cabutan undi tapak niaga mengikut kategori yang telah ditetapkan. Program diakhiri dengan proses pembayaran sewaan tapak serta pengeluaran Lesen Perniagaan kepada para peniaga oleh Majlis Daerah Yan.
Turut terlibat dalam pelaksanaan program ini ialah Jabatan Kesihatan Persekitaran MDY selaku urus setia bersama para kakitangan Majlis Daerah Yan bagi memastikan kelancaran keseluruhan program.
Pihak Majlis berharap agar para peniaga dapat menjalankan aktiviti perniagaan secara beretika dengan mematuhi semua syarat dan peraturan yang ditetapkan, khususnya dari aspek kebersihan, kualiti makanan serta pematuhan SOP demi kesejahteraan bersama.



