PATUHI PERATURAN PENJAJA: TINDAKAN TEGAS DIAMBIL DALAM OPERASI PINDAH ALIH MPKP

Pada penghujung tahun 2025 dan awal tahun 2026, Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) telah menjalankan Operasi Pindah Alih di kawasan Pasar Sehari Sungai Korok.

Sebanyak 21 gerai telah disita dalam operasi tersebut atas kesalahan yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Penjaja dan Gerai MDKP 2010.

Operasi ini turut mendapat kerjasama dan bantuan daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kubang Pasu bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan semua pihak. Selain itu, bantuan aset kenderaan daripada Jabatan Landskap MPKP juga telah digunakan bagi melancarkan perjalanan operasi.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa bagi mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berulang. Langkah ini juga penting bagi memastikan kualiti jualan terpelihara demi kepentingan penduduk setempat serta para pembeli.

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content