




25 Januari 2026 – Tahniah kepada Ferrotec Manufacturing Malaysia (FTMM) atas kejayaan Majlis Roof Topping Plant 2 yang telah berlangsung dengan lancar dan sempurna.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK, sekaligus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan dan pengembangan operasi FTMM di Malaysia.
FTMM merupakan anak syarikat kepada Ferrotec Corporation, Tokyo, Jepun, yang ditubuhkan di Malaysia pada April 2022.
Projek Plant 2 ini melibatkan pelaburan berjumlah USD226 juta dengan keluasan tanah 20 ekar mencerminkan keyakinan pelabur asing terhadap ekosistem industri dan pelaburan di negeri Kedah.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Puan Nazlizan Abdullah, Pengarah MIDA Kedah/Perlis; Mr Abdul Mu’ti bin Dato’ Haji Abdul Hamid, General Manager Invest Kedah (Pre-Investment); Mr He Xian Han, Group CEO Ferrotec Corporation; Mr Takeru Yamamura, CEO FTMM; Mr He Anzhi, Managing Director FTMM; serta Mr Yao Xiang Min, Ceramic General Manager.
Semoga pelaksanaan projek ini terus memberi impak positif kepada pembangunan industri berteknologi tinggi serta ekonomi negeri dan negara.
Tahniah dan selamat maju jaya kepada FTMM!