Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Wabak Chikungunya Di Taman Mahsuri Fasa 2C Bandar Darulaman














Jitra, 2 Februari 2026 (Isnin) – Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) telah melaksanakan Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Wabak Chikungunya di Taman Mahsuri Fasa 2C, Bandar Darulaman bagi membendung penularan kes yang semakin membimbangkan. Operasi besar-besaran ini melibatkan kerjasama strategik daripada pelbagai agensi merangkumi Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu, SWCorp, E-Idaman, serta sokongan keselamatan daripada Balai Polis Komuniti Bandar Darulaman. Kehadiran pelbagai agensi ini bertujuan memastikan setiap aspek kebersihan persekitaran, pengurusan sisa pepejal, dan pematuhan undang-undang kesihatan dipantau secara menyeluruh.
Dalam pemeriksaan tersebut, pasukan penguatkuasa telah mengambil tindakan tegas dengan mengeluarkan notis kepada pemilik rumah yang memberikan tempoh kepada pemilik rumah kediaman untuk melakukan pembersihan sebelum pemeriksaan sekali lagi dalam tempoh 2-3 hari. Manakala Pejabat Kesihatan memberikan khidmat nasihat teknikal mengenai kitaran hidup vektor wabak tersebut. Langkah proaktif ini diharapkan dapat memutuskan rantaian jangkitan Chikungunya dengan segera serta meningkatkan kesedaran komuniti tentang kepentingan menjaga kebersihan rumah masing-masing demi kesejahteraan bersama.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1
