KSU KPKT Rasmi Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI di Kampung Tok Kepak

𝐊𝐔𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐒𝐔, 𝟑𝟏 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔- Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Wira Dr. M Noor Azman bin Taib, telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI (KAM) bertempat di perkarangan Masjid Al-Huda, Kampung Tok Kepak, Kodiang. Projek ini melibatkan pelbagai inisiatif menaik taraf kemudahan setempat, antaranya termasuklah kerja-kerja menaik taraf dapur masjid serta menara masjid bagi memberikan keselesaan yang lebih baik kepada penduduk kariah. Kehadiran beliau disambut meriah oleh warga kerja Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) dan pemimpin masyarakat setempat yang turut serta dalam sesi lawatan tapak bagi memantau hasil kerja yang telah disiapkan.

Selain majlis penyerahan rasmi, suasana program turut diserikan dengan penganjuran Karnival Muafakat MADANI peringkat daerah Kubang Pasu yang melibatkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Antara yang menjadi tumpuan adalah Pertandingan Karom Terbuka serta kaunter pendaftaran bagi program Rumah Mesra Rakyat (RMR) untuk membantu golongan yang memerlukan. Program ini bukan sahaja bertujuan memperkasakan infrastruktur luar bandar, malah menjadi platform terbaik dalam memperkukuh ukhuwah antara agensi kerajaan dan rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan dan kebersamaan.

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content