SEMINAR AHLI MAJLIS PBT NEGERI KEDAH DARUL AMAN 2026–2027
Sekitar suasana Seminar Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah Darul Aman bagi Penggal 2026–2027 yang telah berlangsung pada 2 Februari 2026 (Isnin) bertempat di The Jerai Hill, Gunung Jerai.
Seminar ini dianjurkan sebagai platform perkongsian dan pengukuhan peranan Ahli Majlis PBT dalam menghadapi cabaran semasa pentadbiran kerajaan tempatan. Antara fokus utama seminar adalah peningkatan kefahaman berkaitan kepimpinan bandar mampan, komunikasi strategik, tadbir urus yang baik, aspek perundangan serta pemantapan nilai integriti dalam pelaksanaan tugas Ahli Majlis.
Majlis perasmian seminar telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah YB. Mejar (B) Mansor bin Zakaria. Seminar ini turut dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah, Tuan Setiausaha, Encik Mohammad Hasbullah bin Abd.Hadi bersama Ahli-ahli Majlis MPSPK, selain kehadiran Ahli-ahli Majlis PBT dari seluruh Negeri Kedah.
Melalui penganjuran seminar ini, para peserta berpeluang menimba ilmu, bertukar pandangan serta memperkukuh jaringan kerjasama antara PBT bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, telus dan berintegriti.
Klik untuk gambar sekitar program









