Majlis Penyerahan Projek Membaik Pulih dan Pengukuhan Cerun disempurnakan oleh Dato’ Mohd Fadzli Bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).

Majlis dihadiri oleh beberapa PBT yang telah menerima peruntukan bagi Kerja-Kerja Membaik pulih dan Pengukuhan Cerun dimana MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU merupakan salah satu Pihak Berkuasa Tempatan yang menerima peruntukan tersebut.

Majlis didahului dengan ucapan oleh YBhg. Dato’ Mohd Fadzli Bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dan disusuli dengan ucapan YBhg. Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Yang Dipertua, Majlis Daerah Bandar Baharu.

Majlis diakhiri dengan agenda menandatangani perakuan penyerahan dan penerimaan projek yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Fadzli Bin Mohd Kenali bersama YBhg. Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK.

Oplus_0
Oplus_0
Skip to content