𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐂𝐀𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐔𝐍𝐃𝐈 𝐌𝐃𝐘 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝟗 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔|
Majlis Cabutan Kerja Undi Fasa 1 telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Tadbir, Che Zulkifli bin Yaacob, PCK. Proses pengundian kali ini melibatkan pemilihan dua kontraktor yang akan melaksanakan tiga projek berkaitan kerja-kerja jalan serta sistem saliran di kawasan seliaan Majlis Daerah Yan.
Tahniah diucapkan kepada kontraktor yang terpilih. Pihak MDY menaruh keyakinan penuh agar semua projek dapat dilaksanakan dengan komitmen tinggi, kepakaran profesional serta pematuhan tempoh kerja yang telah ditetapkan demi memastikan kesejahteraan komuniti Daerah Yan terus terjamin.





