𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐑𝐄𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐘𝐊𝐈𝐎𝐒𝐊 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍
Satu Operasi Bersepadu Pemeriksaan dan Penggredan Premis Makanan MyKiosk Majlis Daerah Yan telah dilaksanakan pada 08 Februari 2026 (Ahad) bertempat di Pantai Murni Waterfront, Yan, Kedah. Operasi ini dilaksanakan bagi memastikan tahap kebersihan, keselamatan makanan serta pematuhan terhadap syarat-syarat yang telah ditetapkan sentiasa berada pada tahap yang memuaskan.
Operasi berkenaan melibatkan kerjasama strategik Jabatan Kesihatan Daerah Yan, Jabatan Kesihatan dan Persekitaran Majlis Daerah Yan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Daerah Yan, serta Jabatan Penguatkuasaan Majlis Daerah Yan. Pemeriksaan yang dijalankan merangkumi aspek kebersihan penyediaan makanan, kebersihan persekitaran premis, pengurusan fasiliti MyKiosk serta pematuhan lesen dan peraturan berkaitan.
Pelaksanaan operasi ini mencerminkan komitmen berterusan Majlis Daerah Yan dalam memperkukuhkan tadbir urus premis perniagaan makanan serta memastikan persekitaran yang bersih, selamat dan kondusif demi kesejahteraan pengunjung dan masyarakat setempat.





