Pemantauan Notis Pembersihan Wabak Chikungunya Di Taman Mahsuri Fasa 2C Bandar Darulaman.










Jitra, 10 Februari 2026 (Selasa) – Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) telah melaksanakan Pasca Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Wabak Chikungunya di Taman Mahsuri Fasa 2C, Bandar Darulaman bagi membendung penularan kes yang semakin membimbangkan. Pasca Operasi besar-besaran ini melibatkan kerjasama strategik daripada pelbagai agensi merangkumi Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu, SWCorp, E-Idaman, serta sokongan keselamatan daripada Balai Polis Komuniti Bandar Darulaman. Kehadiran pelbagai agensi ini bertujuan memastikan setiap aspek kebersihan persekitaran, pengurusan sisa pepejal, dan pematuhan undang-undang kesihatan dipantau secara menyeluruh.
Tujuan pasca operasi ini adalah untuk memantau semula kepatuhan penduduk Taman Mahsuri Fasa 2C berkenaan notis pembersihan kawasan rumah yang dikenakan. Terdapat beberapa rumah yang mematuhi notis yang diberikan dan pihak SWcorp telah menggunakan jentolak untuk mengaut sisa-sisa sampah yang dikumpulkan oleh pemilik rumah. Tindakan ini sekaligus akan mengurangkan penularan wabak Chikungunya dikalangan penduduk Taman Mahsuri Fasa 2C.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1
