Majlis Perbandaran Kulim telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Ahli Majlis/Pegawai Kawasan bertemakan “MPKK Synergy: Driving Leadership Change 2026-2027” yang berlangsung pada 4 hingga 6 Februari 2026.

Majlis ini turut dihadiri oleh Puan Setiausaha Majlis Perbandaran Kulim, Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, bersama barisan Ahli Majlis, Pegawai Kawasan serta pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Kulim.

Bengkel ini memberi fokus kepada pengukuhan kepimpinan dan peningkatan keupayaan pengurusan dalam kalangan Ahli Majlis dan Pegawai Kawasan, merangkumi aspek peranan Ahli Majlis dalam memperkasakan pihak berkuasa tempatan, pengurusan kewangan, pengendalian aduan awam serta pemahaman undang-undang yang diguna pakai oleh MPKK.

Penganjuran bengkel ini diharap dapat meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat melalui tadbir urus yang lebih cekap, respons aduan awam yang lebih pantas serta kepimpinan yang lebih berwibawa. Usaha ini selaras dengan komitmen MPKK untuk terus memperkukuh sinergi dan membawa perubahan positif demi kesejahteraan komuniti setempat.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#KulimSejahtera

#ahlimajlis

#pegawaikawasan

Skip to content