DATUK BANDAR ALOR SETAR HADIR MERAIKAN MASYARAKAT CINA DI CHINESE NEW YEAR NIGHT MARKET ALOR MENGKUDU

Alor Setar, 12 Februari (Khamis) –Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar bin Yahya telah hadir turun padang meraikan masyarakat cina di Chinese New Year Night Market, yang diadakan bertempat di Jalan Alor MengkudU, baru-baru ini. Acara meriah ini merupakan anjuran Antar Holidays yang berlangsung bermula 29 Januari 2026 sehingga 15 Februari 2026.
 
Kehadiran Datuk Bandar ke acara tersebut bertujuan menyantuni serta menzahirkan sokongan penuh pihak MBAS terhadap aktiviti kebudayaan masyarakat Cina. Ini selaras dengan usaha memelihara keharmonian dan meraikan kepelbagaian kaum yang menjadi tunjang kekuatan komuniti di bandar raya ini.
Dalam lawatan tersebut, Datuk Bandar turut meluangkan masa beramah mesra menyapa para pengunjung pelbagai kaum dan para peniaga di gerai-gerai jualan. Sesi santai ini dilihat dapat mengeratkan lagi hubungan antara kepimpinan PBT dengan rakyat, di samping memeriahkan lagi suasana sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini.
 
Hadir sama di acara tersebut ialah Ahli Majlis MBAS Zon 3, Dato’ Ch’ng Boon Chye, Ahli; Timbalan Setiausaha MBAS, Encik Azlizam Jaafar Sidik, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Laguna Mas, En. Poh Cheng Hai, En. Fong Chan Hap; Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai MBAS serta pihak penganjur.
Skip to content