PEMAKLUMAN
DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH KUALA MUDA 2035 (PENGUBAHAN 13) SEDIA UNTUK DISEMAK
Hai warga Kuala Muda!
Tahukah anda, masa depan daerah kita sedang dirancang sekarang?
Inilah peluang anda untuk turut sama membentuk wajah Kuala Muda menjelang tahun 2035!
Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) menjemput orang ramai untuk meneliti Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda 2035 (Pengubahan 13) yang kini dibuka untuk pemeriksaan awam. Rancangan ini mengandungi pelbagai cadangan dan hala tuju Pembangunan di seluruh daerah.
Tarikh dan Masa :
15 Februari 2026 – 15 Mac 2026
Ahad – Rabu | 9.00 pagi – 4.00 petang
Khamis | 9.00 pagi – 3.00 petang
(Hari bekerja sahaja)
Lokasi:
Kaunter Jabatan Perancangan Bandar, Aras 2, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).
Jangan lepaskan peluang untuk meneliti sendiri draf ini dan menyuarakan pendapat anda!
Setiap pandangan daripada masyarakat amat penting bagi memastikan pembangunan Kuala Muda terus mampan, moden, dan sejahtera untuk generasi akan datang.
Mari bersama kita rancang masa depan Kuala Muda!
