TAWARAN BIDAAN PELUPUSAN BARANG RAMPASAN

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) menjemput mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan barangan terpakai atau besi lusuh untuk menyertai sesi bidaan pelupusan barang rampasan di bawah seliaan Jabatan Penguatkuasaan.

Borang bidaan boleh diperoleh pada tarikh, masa dan lokasi yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk iklan rasmi yang disertakan atau hubungi Jabatan Penguatkuasaan di talian 04-429 6666 untuk maklumat terperinci.

Skip to content