PEMAKLUMAN
MAKLUMAN WAKTU OPERASI KAUNTER MPSPK SEPANJANG BULAN RAMADAN 2026
Sempena kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) memaklumkan waktu operasi kaunter bagi memudahkan urusan orang ramai adalah seperti berikut:
KAUNTER BAYARAN IBU PEJABAT MPSPK DAN KAUNTER CAWANGAN GURUN
Ahad – Rabu : 8.00 pagi – 4.00 petang
Khamis : 8.00 pagi – 2.30 petang
Rehat : 1.00 petang – 1.30 petang
Bagi kemudahan anda, semakan dan bayaran cukai pintu boleh dibuat secara dalam talian melalui HASiL Online:
https://hasilonline.mpspk.gov.my/login.php
Gunakan kemudahan bayaran tanpa tunai seperti kad debit, kad kredit, AMEX dan TNG untuk urusan yang lebih cepat dan mudah.
Terima kasih atas kerjasama anda. Semoga segala urusan dipermudahkan sepanjang Ramadan.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi saluran rasmi MPSPK.
