MPKP Giat Selenggara Jeriji Besi Longkang Demi Keselamatan Awam

Jitra, 3 Mac 2026 (Selasa) – Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) melalui pasukan teknikalnya telah menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pemasangan semula jeriji besi longkang yang rosak demi menjamin keselamatan orang awam di kawasan pentadbiran mereka. Proses penyelenggaraan ini melibatkan kerja-kerja pemotongan besi menggunakan mesin pencanai, penyelarasan kedudukan jeriji pada lubang longkang, serta kerja kimpalan (welding) bagi memastikan struktur besi tersebut kukuh dan tidak mudah beralih. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan pihak berkuasa tempatan dalam menyelenggara fasiliti awam bagi mewujudkan perbandaran yang bersih, indah, makmur, dan selamat.

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content