Semarak Ramadan 1447H: Agihan Bubur Lambuk Buat Warga Changlun





Changlun, 2 Mac (Isnin) – Dato pegawai daerah merangkap Yang Dipertua MPKP dan Ahli Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Puan Nadzariah Wahab serta Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam YB Kakton, telah menganjurkan program agihan Bubur Lambuk Ramadan 1447H dengan kerjasama para peniaga Medan Selera Changlun pada Isnin, 2 Mac 2026. Program murni yang bermula seawal jam 12.00 tengah hari sehingga 5 petang bertujuan menyemarakkan syiar Ramadan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak berkuasa tempatan dan komuniti peniaga setempat dalam suasana yang penuh keberkatan.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1
