CADANGAN KAJIAN SEMULA PELAN INDUK LANDSKAP (PIL) MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 4 Januari 2026 (Ahad) – Perbincangan Cadangan Kajian Semula Pelan Induk Landskap (Pil) Majlis Bandaraya Alor Setar bersama Perunding UiTM Technoventure Sdn. Bhd., Fakulti Alam Bina, UiTM Perak yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Al-Aula, Ibu Pejabat MBAS. Perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya.
 
Perunding UiTM Technoventure Sdn. Bhd. telah diwakili oleh Pengarah projek, perancangan rekabentuk landskap, perekabentuk bandar, teknologi visualisasi, Ts. Dr. Izham Abdul Ghani; Perekabentuk bandar, landskap perbandaran dan warisan, perlakuan persekitaran, Prof. Madya Ts. Dr Norhafizah Abdul Rahman; Arkitek landskap, perancangan landskap, landskap visual dan karektor, Lar. Khairul Adham Ibrahim dan Arkitek landskap, pembangunan landskap dan teknologi hijau, landskap irigasi dan pembinaan mampan, Lar. Ruwaidah Borhan.
 
Turut hadir ialah Tuan Setiausaha MBAS, En. Mohamad Shahuri Mohamad Norlin; Ketua Bahagian Landskap & Rekreasi MBAS, En. Mohd Izham Abdul Hamid serta pegawai-pegawai terlibat.
 
Skip to content