Ihya Ramadan MPKP: Tingkat Penghayatan Ibadah Puasa Warga Kerja







Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) melalui Bahagian Sumber Manusia telah berjaya menganjurkan Program Ihya Ramadan 2026 bertempat di Auditorium Dewan Wawasan pada 5 Mac 2026 bersamaan 15 Ramadan 1447H. Program yang bertujuan memberi pencerahan serta penghayatan ibadah puasa ini menampilkan penceramah jemputan, Al Fadhil Ustaz Aswad Bin Mohd Nason, yang berkongsi ilmu bagi mengimarahkan lagi pengisian bulan suci dalam kalangan kakitangan. Majlis tersebut berlangsung penuh khusyuk dengan kehadiran ramai warga kerja MPKP dan diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada penceramah.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1
