KUNJUNGAN KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 22 Januari 2026 (Khamis) – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya telah menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha CUEPACS Negeri Kedah, Encik Afendi bin Iskandar serta Pengerusi ANULAE Kedah Utara, Encik Azimi bin Kassim, di ibu pejabat MBAS.
 
Perbincangan tertumpu kepada persediaan Konvensyen Integriti dan Pencegahan Rasuah Peringkat Kerajaan Tempatan 2026, sebagai usaha memperkukuh budaya integriti dan tadbir urus beretika dalam perkhidmatan awam.
 
Dalam pertemuan yang sama, Peguambela dan Peguamcara, Puan Sara Deo, turut mengadakan perbincangan berkaitan pengeluaran hakmilik strata bagi tingkat 7 dan 8 Bangunan Alor Ria.
 
MBAS komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik demi penyampaian perkhidmatan yang telus, berintegriti dan berdaya saing.
 
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Pegawai Undang-Undang MBAS, YBrs. Dr. Elina Mohd.
 
Skip to content