KUNJUNGAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) KEDAH KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR
Alor Setar, 4 Januari 2026 – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya telah menerima kunjungan dari Tuan Syed Aswadi Syed Soffian, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Kedah, Tuan Syahrul Khuzaini Amiruddin, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Kedah dan para pegawai dari SPRM Kedah di Ibu Pejabat MBAS, petang semalam.
Kunjungan tersebut diadakan bagi membincangkan cadangan penganjuran Konvensyen Integriti dan Pencegahan Rasuah Peringkat Kerajaan Tempatan 2026, kolaborasi bersama Majlis Bandaraya Alor Setar dengan sokongan rakan strategik dari Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA).
Hadir bersama dalam perbincangan ini adalah Encik Azlizam bin Jaafar Sidik, Timbalan Setiausaha MBAS; Dr Elina binti Mohd, Pegawai Undang-Undang, MBAS dan Encik Rasyidi bin Othman, Ketua Bahagia Integriti MBAS.
