KUNJUNGAN TRIFACTOR EVENT & MANAGEMENT KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR SEMPENA PENGANJURAN PROGRAM ULANG TAHUN MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR KE-22
Alor Setar, 21 Januari 2026 (Rabu) – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya terima kunjungan Trifactor Event & Management yang dihadiri oleh pengarahnya, Puan Nur Syafiqah bt. Mohd Ismail serta kakitangan terlibat di Ibu Pejabat MBAS, hari ini.
Kunjungan tersebut diadakan bertujuan untuk membincangkan penganjuran Program Ulang Tahun Majlis Bandaraya Alor Setar ke-22 yang akan diadakan pada 29 Januari 2026 hingga 1 Februari 2026 bertempat di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar.
