OPERASI BERSEPADU MENCEGAH KEKOTORAN DI TEMPAT AWAM | 8 KOMPAUN DAN 3 NOTIS DIKELUARKAN

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 22 Januari 2026 (Khamis)– Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Kedah telah melaksanakan Operasi Bersepadu Mencegah Kekotoran di Tempat Awam yang tertumpu di sekitar kawasan Persiaran Sultan Abdul Hamid dan Dataran Medan Bandar, semalam.
 
Operasi ini bertujuan menguatkuasakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) melalui Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran PBT Negeri Kedah 1983, serta Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Fokus utama penguatkuasaan adalah bagi menangani isu pembuangan sampah kecil di tempat awam yang menjejaskan imej dan kebersihan bandar raya berikutan berkuat kuasanya Perintah Khidmat Masyarakat pada 1 Januari 2026.
 
Dalam operasi tersebut, pihak MBAS telah mengeluarkan sebanyak lapan (😎 kompaun, di mana enam (6) daripadanya atas kesalahan membuang sampah di tempat awam, manakala dua (2) lagi melibatkan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran di Dataran Medan Bandar.
 
Manakala pihak SWCorp turut mengeluarkan tiga (3) Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) selain memberikan teguran lisan kepada orang awam bagi memastikan kelestarian kebersihan di kawasan tumpuan tersebut sentiasa terjaga.
 
Operasi pemeriksaan berkala secara berjadual akan diteruskan dari semasa ke semasa. Justeru, MBAS menyeru warga bandar raya Alor Setar untuk bersama-sama menjaga kebersihan di tempat awam demi kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan bersama demi masa hadapan yang lebih baik.
 
Skip to content