PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN KAKITANGAN MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
Alor Setar, 4 Januari 2026 – Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Kakitangan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang telah berlangsung pagi semalam bertempat di Dewan Mesyuarat, Bangunan UTC Kedah.
Penyerahan telah disempurnakan oleh Pengarah PLANMalaysia Kedah, En. Mohd Munizam Abdul Aziz diiringi Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya; Tuan Pegawai Daerah Pokok Sena, En. Nasrankamil Noh; Tuan Jurutera Daerah JKR Kota Setar, Ir. Isnil Badril Ismail; Tuan Jurutera Daerah JPS Kota Setar, Ir. Gs. Mohd Zulkarnain Sahat; Tuan Pegawai Kesihatan Daerah Kota Setar, YBrs. Dr. Haji Mohd Zukri Ibrahim; Tuan Setiausaha MBAS, En. Mohamad Shahuri Mohamad Norlin dan Timbalan Setiausaha MBAS, Encik Azlizam Jaafar Sidik.
Penyerahan watikah pelantikan ini melibatkan tiga (3) Ketua Bahagian dan lapan belas (18) Ketua Unit yang terlibat dalam 4 siri Arahan Pertukaran Bilangan 11/2025 yang berkuat kuasa pada 4 Januari 2025 bagi memastikan jentera pentadbiran MBAS lebih mantap dalam mendepani cabaran tahun 2026.
