𝟓 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒
Majlis Kacau Bubur Lambuk telah berlangsung dengan jayanya di Dataran Pantai Murni pada 05 Mac 2026 (Khamis) bermula jam 8.30 pagi. Program ini diadakan bagi menyemarakkan semangat kebersamaan dan gotong-royong dalam kalangan masyarakat setempat sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Melalui program ini, bubur lambuk dimasak secara bergotong-royong sebelum diagihkan secara percuma kepada orang ramai. Inisiatif ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti, malah turut memupuk nilai kerjasama, keprihatinan serta semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat bersama.





